Rancangan Pengajaran

Ahli Kumpulan:
1. Nor Atikah bt Mohd Amin
2. Norazilah bt Ramly
3. Nur Anis bt Ahsormudin
4. Siti Salwa bt Ismail
5. Siti Zubaidah bt Mohd Arbi


Kelas : Bestari

Bilangan Kanak-kanak : 15 orang (4 hingga 5 tahun)

Hari : Rabu

Tarikh : 3 Mac 2009

Masa : 30 minit

Komponen : Kognitif

Tema : Serangga

Kandungan : 4.1 Mengetahui konsep nombor 1 hingga 5

Hasil pembelajaran : 4.1.1 Membilang nombor 1 hingga 5 dengan objek.

4.1.2 memadankan simbol 1 hingga 5 dengan objek.

Objektif pembelajaran (di akhir pembelajaran) :

1. kanak-kanak dapat membilang nombor 1 hingga 5 dengan objek.
2. kanak-kanak dapat memadankan simbol 1 hingga 5 dengan objek.

Bahan Bantu Mengajar : Komputer riba, pembesar suara, "flash card".

Set induksi
(3 minit)

1. Guru memasang lagu "rama-rama ku sayang".

2. Kanak-kanak mendengar lagu yang dipasang oleh guru.

3. Guru menyanyikan lagu "rama-ramaku sayang" terlebih dahulu. Kanak-kanak diminta mendengar.

4. Kanak-kanak menyanyi diiringi oleh muzik.


Aktiviti 1 (7 minit)


1. Guru memperkenalkan gambar jari yang mewakili bilangan nombor 1 hingga 5 kepada kanak-kanak.

2. Guru menunjukkan nombor 1 hingga 5 yang diwaliki bilangan objek.

3. Guru menyuruh kanak-kanak membilang nombor satu hingga lima dengan menunjukkan jari tangan mereka.

4. Guru meminta kanak-kanak membilang nombor 1 sehingga 5 dengan di wakili objek yang ditunjukkan guru.


5. Guru memilih kanak-kanak secara rawak untuk membilang nombor satu hingga lima dengan menggunakan jari mereka dan menggunakan objek yang diberi oleh guru.

6. Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak.


Soalan

1. Apakah nombor ini? sebutkan.

Jawapan

1. Satu, dua, tiga, empat, lima.


Aktiviti 2 (10)

1. Guru meminta setiap kanak-kanak memadankan nombor satu dengan objek.

2. Guru mengulangi aktiviti diatas sehingga nombor lima.


Penilaian (5)

1. Guru meminta kanak-kanak membilang nombor dengan menggunakan jari.


2. Guru meminta kanak-kanak menyanyikan semula lagu “rama-ramaku sayang.”






Tuesday, March 10, 2009







RAMA -









MARI MENGIRA 1 HINGGA 5 ( menggunakan jari )





satu



dua


tiga




empat









lima






MARI MENGIRA 1 HINGGA 5 ( menggunakan simbol dan objek)










KLIK DI SINI



RAMA -

Penambahbaikan aktiviti membilang nombor 1 hingga 5

1. Aktiviti membilang menggunakan bahan konkrit

(serangga mainan)



2. Aktiviti melengkapkan puzzle serangga

3. Aktiviti bercerita menggunakan replika serangga


57 comments:

norazilah ramly said...

Hai kawan-kawan semua...
jgn segan2 yer komen di sini..
segala komen2 membina dr kwn2..kami terima dgn ikhlas:)

shashina said...
This comment has been removed by the author.
nurul said...

rancangan pengajaran yang menarik..
cuma terdapat pandangan yang ingin dikongsi bersama..
jika boleh sewaktu aktiviti membilang dengan objek guru boleh menggunakan bahan yang konkrit seperti blok untuk memuudahkan kanak-kanak memahaminya kerana
apa yang saya nampak
penggunaan kad simbol agak boleh mengelirukan
kanak-kanak kerana gambar lebah tersebut agak melindungi simbol2 nombor..
sekian terima kasih... =)

I'me said...

salam...rp yg ceria tp bg pendpt sy, ia akan lebih menarik sekiranya semasa knk2 membilang, terdpt objek yg lebih jelas..misalnya semakin bertambah bil nombor, semakin bertambah bilangn benda yg dibilang supaya setiap pertambhn tersbut akan dpt dlihat dgn jelas oleh knk2...salam...

shashina said...

asalamualaikum... pada pendapat saya, rancangan pengajaran bagi kumpulan ini menarik minat kanak-kanak. aktiviti-aktiviti yang disediakan juga menarik, mudah dan sesuai untuk kanak-kanak.terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan dan dipelajari oleh kanak-kanak dan banyak pengukuhan melalui aktiviti ini.tetapi kalau boleh, kumpulan ini bolehla menggunakan gambar gerak2 sedikit supaya dapat menarik minat kanak-kanak. secara keseluruhannya, rancangan pengajaran bagi kumpulan ini baik, bermakna dan dapat dikongsi bersama.

almurni said...

assalamualaikum....
pada pandangan saya, anda seharusnya menggalakkan kanak-kanak membilang dengan menggunakan bahan konkrit seperti batu, biji, dan lidi. Objek yang boleh disentuh oleh kanak-kanak. Namun secara keseluruhan aktiviti baik, cuma perlu sedikit penambahbaikan. terima kasih

WANZA said...

hye.. games yang digunakan best. interaktif.. peneguhan yang digunakan pun ok...hmm untuk kumpulan ni, sya akan sentuh dari sudut teknikel... hmm tiap perkataan seperti set induksi, aktiviti dan lain2 yang menggunakan text generator, kalau boleh cuba kecilkan tulisan, so that sesuatu perkataan boleh terletak dalam satu line... dgn ini kanak-kanak boleh lagi jelas ttg apa yang ditulis.. begitu juga jenis tulisan yang dipilih, perlu bersesuaian dengan kanak-kanak... perkataan 1 dan 5 bagi aktiviti mengira tu tak berapa nampak. kalau boleh tukarkan warna.. then gambar nombor bersama lebah tu, kalau ada jumpa gambar yang boleh bergerak lagi baik...yg pasal aktiviti semuanya baik...ini adalah komen ikhlas saya... jom kita sama2 bangunkan blog kita untuk kepentingan bersama... ya... jgn ambil hati tau..hihih

angsana said...

saya rasa kumpulan ini boleh meminta kanak-kanak membilang menggunakan bahan konkrit contohnya permainan yang berbentuk serangga kerana tema adalah serangga.jadi kanak-kanak lebih excited untuk membilang. tetapi aktiviti memadan adalah bagus dan menarik minat kanak-kanak.thnx..

ღerYmaღ said...

salam.. hai cikgu sekalian.. RP yang disediakan agak menarik. sebagai cadangan dan bertepatan dengan kegunaan PnP melalui blog seperti yang disarankan oleh Dr Azidah, kalau boleh adakan link untuk aktiviti yang anda rancang. sama juga seperti link yang anda adakan untuk game.. selain memberikan lebih maklumat, kanak-kanak akan lebih mudah faham apa yang anda ingin sampaikan dengan penggunaan pelbagai lagi benda yang berlainan bagi mewakili nombor 1-5.. sekian..

NaNa Nyomey said...

hai kak ila n da gang...RP da ok dah...games pon bes..cuma group ni mengajar nombor 1 hingga 5. tapi dalam permainan tu, ada sampai nombor 10.mungkin kanak-kanak tak tahu lagi bilangan sampai sepuluh. tapi boleh jer kalau cikgu nak ajar. overall, semuanyer ok..bes2..bubye..sayonara...

aidayusniza said...

salam...
tahniah dengan rancangan pengajaran anda yang menarik...
ada usaha yang kreatif...
contohnya gambar jari yang diambil...
mesti sendiri yang reka kan..
bagus.....

azirah azizul said...

Pada pendapat saya, semasa aktiviti 1, iaitu guru menunjukkan gambar jari yang mewakili bilangan nombor 1 hingga 5 kepada kanak-kanak,guru juga boleh menunjukkan jari nya kepada kanak-kanak. Dalam RP anda, anda tidak meletakkan jangkaan masa untuk sesuatu aktiviti. Pada pendapat saya, RP yang disediakan ini ada kemungkinan tamat awal dari 30 minit sebab aktiviti yang disediakan hanya 2. Mungkin guru boleh menambah aktiviti lain seperti buat lakonan. Contohnya seorang kanak-kanak menjadi penjual buah dan seorang lagi pembeli. Guru akan menyuruh pembeli untuk membeli beberapa buah. Dan semasa kanak-kanak itu memilih buah, dia akan membilang supaya bilangan buah itu sama dengan apa yang guru minta.

fatimah sumairi said...
This comment has been removed by the author.
fatimah sumairi said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

salam..rancangan pengajaran baik tetapi pada pandangan saya jari yang mewakili bilangan diletakkan sekali bersama dengan nombor agar memudahkan sesi pengajaran. contohnya gambar jari mewakili bilangan 1 diletakan bersama dengan nombor 1. Ini dapat memudahkan kanak-kanak mengetahui dengan pantas atau mudah bilangan nombor dengan nombornya.

fatimah sumairi said...
This comment has been removed by the author.
fatimah sumairi said...
This comment has been removed by the author.
fatimah sumairi said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Aktiviti memadan gambar sangat menarik tetapi ia merangkumi nombor 1-10, jadi pada pendapat saya sama ada tukar ke game yang mempunyai nombor 1-5 saja atau tukar HP. Pastu, satu lagi, disebabkan game tu dlm BI, maybe boleh ajar kanak-kanak nombor 1-10 dalam BI. Itu je =) Good Job!

missgee said...

salam...
tahniah kerana kumpulan anda telah berjaya mengajar kanak2 membilang dan mengaitkannya dengan objek2 konkrit..well done!

@L@$uHa!La said...

salam. pada pandangan saya RP ini boleh dibaiki pada masa hadapan. jika mahu mengajar kanak-kanak membilang, saya mencadangkan guru menggunakan benda konkrit. hal ini perlu kerana kanak-kanak tidak mempunyai pengamatan yang jelas. menggunakan simbol pada kad nombor boleh, cuma kita perlu seiringkan perkataan yang diungkapkan oleh kanak-kanak dengan simbol jari yang ditunjukkan. ada yang membuat simbol dua menggunakan jari tetapi menyebut pekataan tiga. guru perlu memberi perhatian kepada hal itu. lagipun dalam RP ini ingin memperkenalkan konsep nombor maka guru perlu jelas dan menjelaskan hal ini kepada kanak-kanak.

fie said...

RP yg baik...smua dh ok..RP ni sesuai kalo nk ajar ms KK bru masuk skolh kn..
tp games kalo bleh cr yg sampai no 5 je ke..baru KK dpt phm dgn jls P&P yg kump anda bt...selain tu, rsanye kump anda mungkin boleh gunakan bahan2 membilang yang lebih dekat dgn KK spt pensil,buku,pen dll...
ok..tu je komen fie...sm2 la kite bt RP yg baik...caiyo2!
~ FiE...Sh.NorafiZa~

*sha* said...

salam..bahan2 yg disediakn interesting..tp klu blh..cari lagi bahan yang bile kiter kira, odjek tu keluar satu2..cth nye; 1 objek untuk 1, then keluar satu objek lagi,kemudian kanak-kanak kira dari mula..1..2..dan seterusnya, jd secara tidak lngsung kanak-kanak tahu, apabila 1 objek ditmbh dengan 1 lagi objek akan jd dua..dan klu blh objek2 tu bergerak2..bru seronok..lagi satu berkenaan dgn HP..pe kater pada permulaan tu, u all hanya mengajar mengira menggunakan objek konkrit tp klu gne visual online pn xper..coz kanak-kanak ni ssh ckt nak faham konsep simbol tu..
anyway..keep up a good job!!

mahfuzah said...

Hai...ooo..group ni nk ajar KK m'bilang 1 hingga 5 ye. Scara kslruhannya good, tp sy ada sdkit cdngan la. Apa kata group ni tukarkan kad nombor yg ada gmbar lebah 2 dgn kad lain yg lbih besar dn jelas kpd KK. Bukannya apa, gmbr lebah tu bleh m'ggu tumpuan KK t'hdp nombor yg nk diajar oleh guru nanti. Itu aje..hehehe.

Ati said...

Salam..RP yg bagus..
kanak2 menggunakan anggota badan mrk sndr utk membilang.so,kanak2 dpt bezakan bilangan 1 dgn 2 dll.keadaan ini jg melibatkan pergerakan kanak2 scr aktif..
Tahniah!!

natasha hidayah said...

salam....pd pndpt sy rp nie bagus. cuma utk penambah baikan guru blh gunakan bhn konkrit dlm membilang no. kita perlu jg fikir kemngkinan ada knk2 istimewa dlm kls kita yg kemungkinan jarinya trlbh x sama spt knk2 normal. jd dlm mmblng mngkn jumlah x sama. jd seeloknya gunakan bhn konkrit spt btng asikrim....apapun blog nie bgus. trima kasih.

syangelina said...

salam..
bagi saya, rasanya aktiviti tu simple, maybe boleh tambahkan cket aktiviti yang lebih menarik.
kalau bleh, masukkan something yang beranimasi, bergerak.. video pasal nombor pun ok jugak.

Haslinda bt Othman said...

salam..rp ini menarik kerana kanak-kanak belajar mengira menggunakan jari. Akan tetapi mereka mungkin keliru jika hanya melihat kepada skrin komputer. Guru mungkin perlu menyediakan inisiatif lain seperti menggunakan bahan yang konkrit untuk menarik minat kanak-kanak. Penggunaan bahan konkrit juga akan meningkatkan kefahaman kanak-kanak dengan lebih cepat. Selain itu, saya kurang pasti tentang lagu rama-ramaku sayang.Adakah lagu tersebut mengajar kanak-kanak mengira? Jika boleh lagu yang digunakan pada set induksi adalah berkaitan dengan aktiviti mengira.

azura said...

salam..rancangan pengajaran yang menarik..penggunaan jari membuatkan kanak-kanak dapat melakukan dengan baik untuk mengambarkan jumlah bilangan nombor tersebut..ia sesuatu yang kreatif..bagus..

MEERA said...

bg mra, aktv cm dh bese tuk knk2..pe kte ubh ckit..ajak knk2 kira benda maujud kt luar kelas ke..pastu bwu men game nombor via web.

Anonymous said...

hai...taniah,..RP yang menarik..mungkin boleh dibaiki dalam aspek penggunaan layout..cari layout yang lebih menyerlah dan boleh masuk untuk semua warna perkataan yang dipilih.selain itu, perkataan 'SATU..DUA...'mungkin boleh ditukar menggunakan size huruf yang lebih besar agar senang dilihat dan dibaca oleh kanak- kanak.sekian..well done dan taniah.--SALHA...:PPS 215

anis ayuni mohmad said...

saya berpendapat bahawa rancangan pengajaran yang dirangka adalah menarik. namun begitu, kumpulan ini boleh membuat link dengan aktiviti-aktiviti yang lebih interaktif di internet. apa-apa pun, tahniah!!

yinwey_lim said...

hi, RP anda simple tetapi sesuai bagi kanak-kanak yang baru hendak belajar...permainan sangat sesuai dengan objektif anda..tetapi kalau boleh, glitter word"set induksi", perkataan "induksi" tu boleh sambung sekali dan kalau boleh tukar gliter word yang stay pada blog..haha...gambar jari tu cukup besar dan jelas menunjukkan..tetapi video tu kalau boleh letak yang lebih jelas..terima kasih..

ice said...

Hello..akhirnya, kumpulan ini sudah memperbaiki blog ini dengan baik. Best! blog sebelum ini memang tidak memanfaatkan kanak-kanak melalui blog ini. Saya rasa blog itu hanya untuk rujukan guru sahaja.
sekarang, RP yang baru ini mudah dan memanfaatkan kanak-kanak. kumpulan ini hanya mengajar dari 1-5 dan selalu mengulangkan 1-5 boleh memperkukuhkan ingatan dan kemahiran kanak-kanak. Gambar seperti jari itu juga jelas. Kumpulan ini boleh tambah sedikit gambar yang boleh gerak. Permainan secara on9 juga menarik dan seronok.
ok, sekian sahaja, Tahniah!:)

shim said...

Salam..RP yang menarik tapi perlu perbanyakan aktiviti yang mampu menarik perhatian kanak-kanak.Kalau boleh gunakan gambar animasi dalam aktiviti membilang menggunakan jari.Papepun tahniah kerana berjaya hasilkan RP seperti ini.

mc' tiey said...

salam..RP yg bagus dan menarik..akan tetapi akan bertambah bagus jika ahli kumpulan ini menggunakan objek yang komkrit dan dapat dilihat dengan jelas oleh kanak-kanak. penggunaan tulisan juga boleh diperbesarkan dan diletak pada gamabar supaya tidak mengelirukan kanak-kanak. 1 lagi, kanak-kanak sukakan warna warni dan benda gerak2..ape kate, ahli kumpulan menggunakan warna dan gambar yang dapta menarik minat kanak-kanak. ape2pn, thniah kepada ahli kumpulan sebab dpt hasilkan RP yg boleh dikongsi bersama..time kacih..

iezan said...

salam...rp menarik cuma ada sedikit cadangan yang nak saya kongsikan dengan group ni..
1. dalam akt 1,saya syorkan guna simbol angka mungkin lebih sesuai bagi setiap gambar yang menunjukkan model membilang dengan tangan dari ejaan pekataan dan besarkan supaya kanak-kanak lebih jelas dan tidak keliru.
2.untuk akt memadan tu,ape kata cari bahan yang dalam bahasa Melayu juga untuk diselaraskan dengan pengajaran...wateverpu...tahniah atas usaha anda untuk menyediakan rp ni...

sue said...

salam buat semua ahli kump...RP yg menarik..komen su cuma tlsan 2 klu boleh tukar le sbb cm ssh sikit nk baca..lagi satu lagu masa induksi set 2 cm x sesuai n mask untuk RP pada hari 2..mngkn leh guna lagu len..apa2 pn..tahniah sbb b'jaya hasilkan yg terbaik..
(siti suriati)

sue said...

salam buat semua ahli kump...RP yg menarik..komen su cuma tlsan 2 klu boleh tukar le sbb cm ssh sikit nk baca..lagi satu lagu masa induksi set 2 cm x sesuai n mask untuk RP pada hari 2..mngkn leh guna lagu len..apa2 pn..tahniah sbb b'jaya hasilkan yg terbaik..
(siti suriati)

Anonymous said...

salam...yana rasa rncangan pengjaran ni sesuai diajarkan pada kanak-kanak yang baru nk kenal nombor, just yana suggest korang tmbahkan aktiviti untuk kukuhkan pmbelajaran macam game kira benda ke, kira kartun2 yang ada dalam gambar interaktif or tunjuk lagu mengira guna jari...rasanya ada dalam web untuk kanak-kanak..2 je..keep it up geng!

Anonymous said...

salam...yana rasa rncangan pengjaran ni sesuai diajarkan pada kanak-kanak yang baru nk kenal nombor, just yana suggest korang tmbahkan aktiviti untuk kukuhkan pmbelajaran macam game kira benda ke, kira kartun2 yang ada dalam gambar interaktif or tunjuk lagu mengira guna jari...rasanya ada dalam web untuk kanak-kanak..2 je..keep it up geng!

Anonymous said...

salam, hye kak ila n da geng..actually RP yang dipilih ini sesuai untuk kanak2 membilang... permainan yang dipilih untuk membilang menarik tapi kalo bleh fokuskan kpd aspek membilang shj...
spy knk2 xtersasar jauh..

untuk kad gambar membilang 1-5 besarkan ckit, gmbar lebah diasingkan drpd no spy knk2 x keliru..bilang guna jari pun ok sbb knk2 dapat kenal anggota badan, jimatkan masa jgk..layout ok, tmbhkan lagi objek2 len yg mnrik n warna warni..

siti fatimah said...

salam...tahniah utk semua kump ila..ct ska RP kump ni,sgt menarik..aktiviti membilang no 1-5 juga bgus..kt x pyh ambil bil yg bnyk sbb klau bnyk2 mungkin knk2 x dpt nk ingt apa yg tlah kt ajar..kt perlu tekankn 1-5 dlu..lps mrk semua da blh ikut..kt teruskan dgn no lain.cma komen ct terhadap permainan 2, blh mengelirukan knk2 sbb ada no 1-10..sedangkan xtvt ni mrk bljr no 1-5 shj..ini blh menyebabkan knk2 keliru ckit..ape2 pn ct ska ngn RP korang semua..gud luck ye..

ღerYmaღ said...

SALAM...PERHATIAN KEPADA ANDA DAN AHLI KUMPULAN..
BLOG KUMPULAN 11 (http://fantaghirokids.blogspot.com) TELAH MENGALAMI SEDIKIT KESILAPAN TEKNIKAL YANG MENYEBABKAN POSTING UTK RP TELAH TER'DELETE' SEKALIGUS HILANG TERUS KOMEN-KOMEN DARIPADA RAKAN-RAKAN SEBELUM INI. KINI IA TELAH DIBINA SEMULA DAN KAMI MENGHARAPKAN KOMEN SEMULA DARIPADA RAKAN-RAKAN PPS215 SEKALIAN. SEGALA KESULITAN ADALAH TIDAK DISENGAJAKAN DAN AMAT DIKESALI. KOMEN RAKAN-RAKAN AMATLAH KAMI ALU-ALUKAN. TERIMA KASIH. HARAP MAKLUM. (",)

eyma deen said...

salam...tahniah kpd semua ahli kumpulan...RP agak menarik...gambar membilang dengan menggunakan jari tu nampak jelas dan kanak2 dapat mengikutinya...cuma pada pendapat saya gambar nombor bersama2 dengan lebah tu kurang menarik sebab tak berapa nampak...cuba gunakan gambar yang animasi...tentu lebih menyeronokkan..

sizukacute sizukacute said...

slm...tahniah diucapkan krn kump anda berjaya mengatasi mslh dan menukar kpd blog yg baru..rp kump anda bgs cume klu boleh gunakan obejk konkrit sbb berdasarkan pengalaman sy mengajar kt tadika dlu, sy pernah cuba mengajar knk2 membilang menggunakan jari, tp hasilnya kurang berjaya krn tdk semua knk2 mempunyai kemahiran motoh halus yg tinggi. ada sesetengah knk2 sukar utk mengangkat jari2 mrk..apa2 pn rp kump anda baik..

Chenta Mizza said...

salam.ini rcgn pengajaran yag baru kan.pape pun pengajaran lebih berkesan sekiranya guna bahan konkrit ataupun guru boleh guna perisian cd matematik di mana boleh membantu kanak-kanak megira melalui komputer.saya rasa ini akan lebih menarik lebih ramai kanak-kanak

zareen said...

salam semua..kak ina ni, RP ni cantik dan jelas..cuma nak tambah satu saja..apa kata masa tunjuk jari tu, terus matchkan dengan nombor 1-5 yg ada gambar lebah..tak perlu letak ejaan dulu

dunia Kirana said...

salam...
RP kump ni nmpk menarik...
sesuai utk knk2 pd peringkat sek.
kump ni cuma carikan imej yg bergerak2. ini tujuan menarik minat knk2. pa2 pn.. tahniah

Denise said...

RP yang cukup ringkas dan menarik juga.. Tapi kenapa tak ade lagu dalam blog ini? Ataupun ini kesilapan saya? Komputer yang saya gunakan dari library.. Gambar tangan yang diuploadkan itu besar dan cukup jelas. tapi bagi gambar lebah itu tak berapa bagus la kerana kecil dan lebih itu kelihatan bersembunyipada nombor 5 itu. Permainan sebenarnya ok, tapi ia melibatkan nombor 1-10, bukankah objektif hanya mengajar 1-5?
Sekian

Liyana Zainol said...

Salam buat semua..first,tahniah buat kumpulan ni,walaupun RP nampak ringkas tapi menarik. Pada pandangan saya RP ni sesuai diajarkan di awal tahun. Selain tu, saya rasa gambar lebah bersama dengan nombor tu patut ditukarkan. sebab saya rasa boleh mengelirukan KK. Mungkin boleh gantikan dengan nombor dan serangga lain tapi diletakkan secara berasingan. supaya KK x keliru dengan nombor tersebut. lain2 x ada apa dari saya. Semoga berjaya utk tugasan seterusnya dan teruskan usaha!!

Nadim said...

menarik jgk RP ni sebab menggunakan tangan untuk membilang.so kanak-kanak pun dapat menggunakan anggota badan sendiri untuk membilang.namun, saya ada sedikit cadangan.sekiranya nak sertakan tulisan dengan cth tangan,harap dapat besarkan tulisan itu or guna glitel word bagi lebih menarik.

faizah@ayu said...

salam..pada pandangan saya, gamba haiwan seperti lebah perlu diganti dengan rama-rama supaya ia sesuai dan berkaitan dengan video yang dipaparkan...sekian..

Nurul Syuhada' Binti Mohd Saad said...

salam....RP menarik...walaupun nampak ringkas iaitu hanya melibatkan pengiraan 1-5 sahaja, tetapi ia divariasikan dengan pelbagai aktiviti. contohnya pengiraan yang boleh dibuat menggunakan jari lagi mudah bagi kanak-kanak memahami kerana bahan tersebut sudah wujud pada diri mereka. selain itu pengiraan menggunakan bahan konkrit juga menarik perhatian. game yang dicadangkan juga menarik ditambah lagi dengan gambar yang menarik..tahniah..selamat maju jaya...

my blog said...

salam,hai...rp kumpulan ni menarik. skop pengajarannya kecil iaitu hanya menekankan no 1-5 tetapi mengandungi pelbagai aktiviti untuk pengukuhan kanak-kanak.tahniah...

zuenomey said...

erm hai...nice rp...mungkin boleh jd bahan menarik masa kita nak mengajar nanti..zue cume nak komen cikit jer..hehehe...erm bg set induksi tu dah ok...pada bahagian aktiviti...gambar jari tu mang nice tp macm statik je...boleh gak korang letakkan animasi mengikut bilangan kat sebelah jari tu...dalam masa yang sama kanak-kank kan dapat lihat ...erm mungkin tulisan2 untuk tajuk2 tu macm over ckit...amik tulisan yang gliters ckit2 ok kot...ehehehehe...gud luck for final tau...muah..

adila zubaidah said...

Salam..usaha yang bagus.Cuma kalau boleh besarkan kad simbol dan nombor supaya gambar tidak melindungi nombor.Lebih bagus jikalau digunakan bahan multimedia kerana tidak mengambil masa yang banyak untuk melihat gambar dan nombor sebaliknya hanyak klik.Bagi menarik minat kanak-kanak lagi link kan dengan suara untuk mewakili nombor yang muncul jadi , hal ini dapat merangsang pelbagai deria kanak-kanak.selamat mencuba!