Rancangan Pengajaran

Ahli Kumpulan:
1. Nor Atikah bt Mohd Amin
2. Norazilah bt Ramly
3. Nur Anis bt Ahsormudin
4. Siti Salwa bt Ismail
5. Siti Zubaidah bt Mohd Arbi


Kelas : Bestari

Bilangan Kanak-kanak : 15 orang (4 hingga 5 tahun)

Hari : Rabu

Tarikh : 3 Mac 2009

Masa : 30 minit

Komponen : Kognitif

Tema : Serangga

Kandungan : 4.1 Mengetahui konsep nombor 1 hingga 5

Hasil pembelajaran : 4.1.1 Membilang nombor 1 hingga 5 dengan objek.

4.1.2 memadankan simbol 1 hingga 5 dengan objek.

Objektif pembelajaran (di akhir pembelajaran) :

1. kanak-kanak dapat membilang nombor 1 hingga 5 dengan objek.
2. kanak-kanak dapat memadankan simbol 1 hingga 5 dengan objek.

Bahan Bantu Mengajar : Komputer riba, pembesar suara, "flash card".

Set induksi
(3 minit)

1. Guru memasang lagu "rama-rama ku sayang".

2. Kanak-kanak mendengar lagu yang dipasang oleh guru.

3. Guru menyanyikan lagu "rama-ramaku sayang" terlebih dahulu. Kanak-kanak diminta mendengar.

4. Kanak-kanak menyanyi diiringi oleh muzik.


Aktiviti 1 (7 minit)


1. Guru memperkenalkan gambar jari yang mewakili bilangan nombor 1 hingga 5 kepada kanak-kanak.

2. Guru menunjukkan nombor 1 hingga 5 yang diwaliki bilangan objek.

3. Guru menyuruh kanak-kanak membilang nombor satu hingga lima dengan menunjukkan jari tangan mereka.

4. Guru meminta kanak-kanak membilang nombor 1 sehingga 5 dengan di wakili objek yang ditunjukkan guru.


5. Guru memilih kanak-kanak secara rawak untuk membilang nombor satu hingga lima dengan menggunakan jari mereka dan menggunakan objek yang diberi oleh guru.

6. Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak.


Soalan

1. Apakah nombor ini? sebutkan.

Jawapan

1. Satu, dua, tiga, empat, lima.


Aktiviti 2 (10)

1. Guru meminta setiap kanak-kanak memadankan nombor satu dengan objek.

2. Guru mengulangi aktiviti diatas sehingga nombor lima.


Penilaian (5)

1. Guru meminta kanak-kanak membilang nombor dengan menggunakan jari.


2. Guru meminta kanak-kanak menyanyikan semula lagu “rama-ramaku sayang.”






Wednesday, February 4, 2009

MARI MENGEJA



0 comments: