p/s: Gambar Lee Chong Wei, keluargaku dan robot Don
"mama..papa..kak Long..kak Ya..kak Pka, cuba korang sume tengok ni ha, cantik tak kite lukis?cantikkan?" seorang kanak-kanak berusia 6 tahun memanggil semua seisi keluarganya dengan membawa beberapa helai kertas yang mengandungi lukisan yang nampak serabut, kusut dan pelbagai corak pada pandangan orang dewasa. Lalu, si ibu dan si bapa pun berkata "Don ke yang lukis ni?pandainye..ni gambar ape ni?sapa yang ajar Don?". Dengan segera kanak-kanak tersebut yang juga pemilik nama yang manja iaitu Don, tersengih-sengih menjawab pertanyaan ibu bapanya, "he..he..he..ala, kite le yang buat sendiri,kite tiru macam kak Long, kak Ya ngan kak Pka lukis,kadang-kadang kite tengok tv,ha buku citer pun, kite tekap..jadila lukisan yang cantik ni".
"mama..papa..kak Long..kak Ya..kak Pka, cuba korang sume tengok ni ha, cantik tak kite lukis?cantikkan?" seorang kanak-kanak berusia 6 tahun memanggil semua seisi keluarganya dengan membawa beberapa helai kertas yang mengandungi lukisan yang nampak serabut, kusut dan pelbagai corak pada pandangan orang dewasa. Lalu, si ibu dan si bapa pun berkata "Don ke yang lukis ni?pandainye..ni gambar ape ni?sapa yang ajar Don?". Dengan segera kanak-kanak tersebut yang juga pemilik nama yang manja iaitu Don, tersengih-sengih menjawab pertanyaan ibu bapanya, "he..he..he..ala, kite le yang buat sendiri,kite tiru macam kak Long, kak Ya ngan kak Pka lukis,kadang-kadang kite tengok tv,ha buku citer pun, kite tekap..jadila lukisan yang cantik ni".
"ish ish..ish ish budak ni...abis warna kak long tau,patutla warna pensil kak Long cepat pendek"rungut Kak Long selaku anak sulung. Dengan selamba, Don tersengih-sengih macam orang tak bersalah dan buat muka kesian. Banyak lagi komen-komen yang di lontarkan oleh 3 orang kakaknya. Namun, semua keluarganya faham dan memberi galakan terhadap Don kerana mereka sedar pada usia Don, kanak-kanak gemar untuk bermain dengan warna-warna, berimaginasi dan melahirkan segala yang mereka mahu walau di atas sekeping kertas....
Jelas di sini bahawa dunia kanak-kanak adalah sangat meriah kerana dilimpahi pelbagai keseronokan, bebas melakukan apa jua perkara yang mereka suka dan kegemaran tersebut akan dikongsi secara bersama-sama dengan insan yang tersayang terutamanya keluarga, rakan-rakan dan guru. Namun, masih terdapat segelintir ibu bapa dan masyarakat di luar sana yang masih berfikiran sempit mengenai dunia lukisan yang cuba ditonjolkan dan dijelmakan oleh anak-anak kecil ini. Mereka juga memandang remeh perkara ini sehingga menganggap cabang seni adalah sesuatu yang membuang masa dan tidak penting. Seperti yang diketahui, bidang seni bukan sahaja tertumpu pada nyanyian dan tarian, sebaliknya turut melibatkan seni lukis, melakar dan mewarna. Tahukah anda, sekiranya kanak-kanak sentiasa digalakkan memegang pensel warna dan melukis, ia dapat membantu golongan ibu bapa mengenali dan memahami isi hati anak-anak yang terpendam.
Buktinya, sekiranya, ibu bapa mendapati lukisan si manja hanya menggunakan warna hitam atau gelap, ini bermakna anak anda sedang mengalami masalah kemurungan, ketakutan dan rasa kecewa. Oleh itu, jelas bahawa melalui lukisan, corak dan warna yang digunakan oleh anak-anak kecil ini boleh membantu mengatasi masalah kemurungan, kesedihan, rasa tidak seronok, tersisih dan sebagainya. Terdapat beberapa pendapat yang turut menyokong dan mengesahkan hal ini iaitu
"Lukisan merupakan terapi dan medium yang terbaik untuk kanak-kanak meluahkan perasaan dan menghasilkan sesuatu perkara atau benda yang dilihatnya. Kadang-kala hasil lukisan mereka lebih jujur dan istimewa apabila menggabungkan pemerhatian dan daya imaginasi sendiri". Menerusi lukisan dan pemilihan warna yang digunakan juga mencerminkan keperibadian dan tingkah laku kanak-kanak itu sendiri. Maka, selepas ini kita sebagai orang dewasa haruslah memandang perkara ini sebagai satu perkara yang penting dalam membentuk emosi yang positif selain membantu perkembangan otak kanak-kanak agar lebih kreatif.
Pakar kanak-kanak juga menyifatkan subjek seni penting supaya motor otak kanan kanak-kanak bergerak aktif, selain otak kiri yang berfungsi dalam hal berkaitan pengiraan. sesungguhnya, manusia dikurniakan tuhan mempunyai pelbagai kebolehan dalam menggunakan kedua-dua otak sama ada kiri dan kanan dalam kehidupan seharian agar seiring dan seimbang.
Kesimpulannya, melalui subjek pendidikan seni yang melibatkan pelbagai cabang seni sama ada lukisan, warna, corak, menyanyi, menari, bersajak dan sebagainya, masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri andai seorang kanak-kanak yang normal mampu melahirkan apa yang sedang dialami dalam bentuk lukisan. Oleh itu, melalui dunia kreatif dan seni akan dapat melahirkan kanak-kanak yang gembira dengan dunia sekelilingnya, membantu ibu bapa dan guru memahami perasaan kanak-kanak, menggalakkan penglibatan kanak-kanak dalam dunia keatif, meningkatkan keseragaman tangan, mata dan otak, merangsang pemikiran bebas untuk berkarya dan sebagainya.