Rancangan Pengajaran

Ahli Kumpulan:
1. Nor Atikah bt Mohd Amin
2. Norazilah bt Ramly
3. Nur Anis bt Ahsormudin
4. Siti Salwa bt Ismail
5. Siti Zubaidah bt Mohd Arbi


Kelas : Bestari

Bilangan Kanak-kanak : 15 orang (4 hingga 5 tahun)

Hari : Rabu

Tarikh : 3 Mac 2009

Masa : 30 minit

Komponen : Kognitif

Tema : Serangga

Kandungan : 4.1 Mengetahui konsep nombor 1 hingga 5

Hasil pembelajaran : 4.1.1 Membilang nombor 1 hingga 5 dengan objek.

4.1.2 memadankan simbol 1 hingga 5 dengan objek.

Objektif pembelajaran (di akhir pembelajaran) :

1. kanak-kanak dapat membilang nombor 1 hingga 5 dengan objek.
2. kanak-kanak dapat memadankan simbol 1 hingga 5 dengan objek.

Bahan Bantu Mengajar : Komputer riba, pembesar suara, "flash card".

Set induksi
(3 minit)

1. Guru memasang lagu "rama-rama ku sayang".

2. Kanak-kanak mendengar lagu yang dipasang oleh guru.

3. Guru menyanyikan lagu "rama-ramaku sayang" terlebih dahulu. Kanak-kanak diminta mendengar.

4. Kanak-kanak menyanyi diiringi oleh muzik.


Aktiviti 1 (7 minit)


1. Guru memperkenalkan gambar jari yang mewakili bilangan nombor 1 hingga 5 kepada kanak-kanak.

2. Guru menunjukkan nombor 1 hingga 5 yang diwaliki bilangan objek.

3. Guru menyuruh kanak-kanak membilang nombor satu hingga lima dengan menunjukkan jari tangan mereka.

4. Guru meminta kanak-kanak membilang nombor 1 sehingga 5 dengan di wakili objek yang ditunjukkan guru.


5. Guru memilih kanak-kanak secara rawak untuk membilang nombor satu hingga lima dengan menggunakan jari mereka dan menggunakan objek yang diberi oleh guru.

6. Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak.


Soalan

1. Apakah nombor ini? sebutkan.

Jawapan

1. Satu, dua, tiga, empat, lima.


Aktiviti 2 (10)

1. Guru meminta setiap kanak-kanak memadankan nombor satu dengan objek.

2. Guru mengulangi aktiviti diatas sehingga nombor lima.


Penilaian (5)

1. Guru meminta kanak-kanak membilang nombor dengan menggunakan jari.


2. Guru meminta kanak-kanak menyanyikan semula lagu “rama-ramaku sayang.”






Thursday, January 8, 2009

welcome to tejakids corner..:)



we love your child,
we care for your child,
we teach your child well,
so, we can learn together
because your child is our child too.
"love, care, teach, learn together dan your child is our child too"
adalah motto dan prinsip yang diprakktikkan oleh TeJaKiDs CoRnEr yang diwujudkan khas kepada semua yang ingin berjaya dengan cemerlang dalam dunia pendidikan prasekolah khasnya. Sesungguhnya, blog ini didedikasikan kepada semua pelajar pendidikan prasekolah USM yang mengambil kod subjek PPS215 di bawah naungan Dr Azidah Ziden yang juga pensyarah untuk kursus ini. Semoga dengan wujudnya blog seumpama ini dapat membantu guru-guru prasekolah, ibu bapa, penjaga kanak-kanak, penyelia taska mahu pun masyarakat umum untuk mendapatkan pengetahuan dengan lebih lanjut mengenai dunia kanak-kanak yang penuh dengan pelbagai ragam, aksi, imaginasi, keseronokkan dan keriangan yang berpanjangan pastinya.

2 comments:

noratikah said...

dh ciap nmpk..cmne profile kt homepage ilg..tolong!!

WANZA said...

hollaaa... tlg bagi alamt gmail jp nak add.